Saturday, September 18, 2010

Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu -

1. Kajian mengenai kehidupannya sebagai sahabat dan periwayat hadith Nabi Muhammad (s. ‘a. w)

Ini merupakan kajian mengenai kehidupan seorang sahabat yang meriwayatkan hadith daripada Nabi Muhammad (s. ‘a. w) dengan jumlah yang paling banyak. Kitab-kitab hadith yang sahih dan diakui oleh kebanyakan orang Islam turut sama mencatatkan hadith daripadanya dengan jumlah yang begitu besar hingga dianggap keterlaluan. Dalam menghadapi kedua-dua keadaan yang keterlaluan ini, kami merasa wajar untuk meneliti kesahihan sumber-sumbernya kerana hubungannya yang rapat dengan keilmuan dan kehidupan beragama kita, khususnya para pengikut empat mazhab Islam yang diketahui umum, telah mengambil banyak hadith tersebut dalam perkara-perkara berhubung dengan dasar-dasar keimanan dan juga hukum-hakam syariah.

2. Nama dan keturunan Abu Hurairah

Keturunan Abu Hurairah tidak begitu jelas sehingga menyebabkan ramai yang berselisih pendapat mengenai namanya dan nama bapanya, dan dia lebih dikenali dengan nama gelarannya. Bagaimanapun, dia dikaitkan dengan Dus yang berasal daripada puak Yaman iaitu daripada Dus bin ‘Adnan. Mengenai bapanya, namanya disebutkan sebagai Umair. Dia merupakan anak kepada Ibn ‘Amir bin ‘Abd Zisy Syari bin Tarif dan lain-lain, akhirnya dihubungkan dengan Dus. Nama ibunya pula ialah Umaimah. Dia merupakan anak perempuan kepada Safih bin Haris bin Syabi bin Abi Sa‘b dan sekali lagi berakhir dengan Dus. Dia lebih dikenali sebagai Abu Hurairah kerana seekor anak kucing yang dikaitkan dengan begitu lumrah. Ini kerana dalam bahasa Arab, Hurairah bermaksud anak kucing.

3. Permulaan kehidupan, keislaman dan persahabatan

Abu Hurairah melalui zaman mudanya di tempat kelahirannya di Yaman dan tetap berada di sana sehingga berusia lebih dari 30 tahun dalam keadaan jahil, perkembangan mental yang lembab, melarat, terasing, bersendirian, papa kedana dan terpaksa memberikan perkhidmatan kepada lelaki dan wanita untuk meneruskan hidupnya sampai ke tahap memadai dengan mendapat roti untuk dimakan dan berpuas hati dengan keadaan hidupnya yang serba daif. Walau bagaimanapun, apabila kedudukan Nabi Muhammad (s. ‘a. w) bertambah baik selepas peperangan Badar, Uhud, Ahzab dan lain-lain, lelaki ini yang tidak mempunyai apa-apa turut datang mendengar selepas peperangan Khaybar dan memeluk Islam di tangan Nabi Muhammad (s. ‘a. w) yang suci. Semua ahli sejarah bersepakat, hal tersebut berlaku pada tahun ke7H/ 13M. Oleh itu, jangka masa persahabatannya dengan Nabi Muhammad (s. ‘a. w) seperti yang diceritakan oleh tokoh hadith yang terkemuka, alBukhari adalah tidak lebih dari 3 tahun sahaja.

4. Abu Hurairah di sepanjang kehidupan Nabi Muhammad (s. ‘a. w)

Selepas memeluk Islam, Abu Hurairah membawa dirinya tinggal Bersama-sama dengan orang-orang miskin di Suffah, yang bersumberkan catatan Abu alFida’ dalam kitab sejarahnya, alMukhtasar terdiri daripada orang-orang faqir yang tidak mempunyai kediaman dan perlindungan, dan tidur di serambi masjid Nabi Muhammad (s. ‘a. w). Oleh kerana mereka menghabiskan masa di serambi masjid, akhirnya mereka dikenali sebagai Ahl alSuffah (penghuni serambi masjid). Apabila Nabi Muhammad (s. ‘a. w) makan malam, baginda akan mengajak sekumpulan daripada mereka makan bersama-samanya dan meminta para sahabat yang lain membenarkan kumpulan-kumpulan lain pula berkongsi makanan dengan mereka. Abu Hurairah merupakan seorang yang dikenali umum di antara mereka, dan tetap berada di situ sehingga akhir hayat Nabi Muhammad (s. ‘a. w). Berdasarkan hadith yang dicatatkan dalam Sahih alBukhari, Abu Hurairah sendiri telah menceritakan, biasanya dia berada Bersama-sama Nabi Muhammad (s. ‘a. w) bertujuan untuk mendapatkan makanan. Terdapat beberapa kenyataan oleh Abu Hurairah dalam kitab-kitab hadith menunjukkan kemiskinan yang begitu berat memaksanya hidup dengan apa sahaja yang diperolehinya sebagai salah seorang Ahl alSuffah, dan dengan cara itu dia menerima kebajikan dan sedekah yang diberikan oleh orang ramai. Ja‘far bin Abi Talib merupakan orang yang paling murah hati bersedekah kepada orang-orang miskin. Oleh kerana Abu Hurairah mendapat banyak kelebihan daripada sifat murah hati Ja‘far, dia menganggap Ja‘far sebagai orang yang terbaik daripada yang lain selain daripada Nabi Muhammad (s. ‘a. w). Hal ini diceritakan bahawa Ja‘far bin Abi Talib suka membantu orang-orang miskin, duduk bersama-sama dan berbual-bual dengan mereka hinggakan Nabi Muhammad (s. ‘a. w) menggelarkannya ‘Abd alMasakin (hamba orang-orang miskin). Abu Hurairah tetap berada di Suffah, siang dan malam, dan tidak pernah pergi ke tempat-tempat lain kerana bimbang akan kelaparan. Itulah sebabnya dia tidak disebutkan dalam mana-mana peperangan, atau bahkan juga dalam sebarang peristiwa perdamaian, kecuali ada disebutkan bahawa dia melarikan diri daripada sariyyah (ekspedisi) Mu‘tah, dan dalam peperangan tersebut, pelindungnya yang utama iaitu Ja‘far bin Abi Talib telah mati syahid selepas kedua-dua tangannya cedera parah.

5. Abu Hurairah disebat semasa pemerintahan dua orang khalifah yang awal kerana ketidakjujurannya

Sekali lagi, nama Abu Hurairah tidak disebutkan dalam peristiwa semasa pemerintahan khalifah-khalifah pertama dan kedua, kecuali pada tahun 21H ketika khalifah kedua, ‘Umar ibn alKhattab melantiknya sebagai gabenor Bahrain tetapi pada tahun 23H, ‘Umar telah memecatnya dan melantik ‘Uthman bin Abi al‘ As Thaqafi pula untuk menggantikannya. Khalifah bukan setakat memecat Abu Hurairah, bahkan juga memerintahkannya mengembalikan sejumlah 10 000 dirham ke Bait alMal yang telah disalahgunakan olehnya. Kata-kata ‘Umar kepada Abu Hurairah dalam perkara ini memang wajar dinyatakan di sini. Ibn ‘Abd alRabbih telah mencatatkan peristiwa itu dalam kitabnya, ‘Iqd alFarid, bahawa ‘Umar ibn alKhattab telah menghantar utusan kepada Abu Hurairah dengan kata-katanya: “ Aku mendapat tahu semasa aku melantikmu sebagai gabenor Bahrain, kamu tidak mempunyai sepasang kasut pun, tetapi telah sampai kepada pengetahuanku bahawa kamu telah membeli kuda dengan harga 1 600 dinar. ” Abu Hurairah memjawab: “ Aku memperolehi kuda yang cepat membiak, yang aku terima sebahagiannya sebagai hadiah. ” Kemudian ‘Umar berkata: “ Aku akan berikan apa yang cukup bagimu. Ini sudah melampaui batas. Berikan balik. ” Dia menjawab: “ Ini bukan hakmu. ” Lalu ‘Umar berkata: “ Demi Allah, aku akan menyebat belakangmu. ” Sambil mengatakannya, ‘Umar berjalan menuju ke arah Abu Hurairah dengan tali sebatnya dan menyebatnya sehingga berdarah. Kemudian ‘Umar berkata: “ Kembalikan. ” Abu Hurairah menjawab: “ Aku akan membuat tuntutan di hadapan Allah. ” ‘Umar berkata: “ Perkara tersebut hanya akan berlaku sekiranya engkau mengambilnya dengan cara yang halal dan membayarnya dengan baik. Aku akan mengembalikanmu kepada ibumu (Umaimah) seumpama pemelihara kaldai. ”

6. Abu Hurairah semasa zaman pemerintahan ‘Uthman

Semasa zaman pemerintahan ‘Uthman, Abu Hurairah mengabdikan dirinya kepada keluarga Abu al‘ As dan seluruh Bani Umaiyyah. Justeru itu, dia begitu rapat dengan Marwan dan menjadi pengampu keluarga Abi Muit (iaitu Bani Umaiyyah) yang meletakkan kemuliaan kepada kehinaan dan kehormatan pula kepada kenistaan. Pada ketika ‘Uthman dikepung dalam rumahnya semasa penentangan terhadapnya berlaku, Abu Hurairah turut bersama-sama dengannya tetapi dia hanya memasuki rumah itu selepas Khalifah (‘Uthman) mengarahkan orang-orangnya supaya tidak melawan, sebaliknya berdamai. Abu Hurairah memang mengetahui bahawa orang-orang yang memberontak hanya menghendakinya. Inilah yang mendesaknya supaya terus berada bersama-sama dengan orang-orang yang terkepung itu. Walau apapun keadaannya, perancangannya yang teliti itu menghasilkan keputusan yang dikehendakinya kerana Bani Umaiyyah dan rakan-rakannya mulai mendengar kata-katanya dan berusaha dengan pelbagai cara untuk menyebarkan hadith riwayatnya. Untuk kepentingan dirinya, Abu Hurairah akan mengada-adakan hadith yang boleh menggembirakan Bani Umaiyyah. Sebahagian kecil hadith-hadith seumpamanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah untuk mereka (Bani Umaiyyah) dikatakan daripada sabda Nabi Muhammad (s. ‘a. w) seperti dikemukakan di bawah: (1) Setiap nabi mempunyai teman rapatnya dari kalangan umatnya dan teman rapatku ialah ‘Uthman. Semua ulama’ hadith bersepakat menolak hadith ini kerana sumber Abu Hurairah tergantung kepada Ishaq bin Naji yang merupakan salah seorang periwayat Abu Hurairah, tetapi alDhahabi telah menunjukkan bahawa hadith ini ditolak dalam kitabnya Mizan alI‘ tidal semasa perbincangan mengenai Ishaq. (2) Abu Hurairah berkata: Aku mendengar Nabi Muhammad (s. ‘a. w) bersabda: “ ‘Uthman seorang yang pemalu sehingga malaikat pun turut malu kepadanya. ” (3) Diceritakan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad (s. ‘a. w) bersabda: “ Setiap nabi mempunyai teman di syurga dan temanku di syurga ialah ‘Uthman. ” Hadith ini juga ditolak sama sekali. Para pendokong Abu Hurairah dalam hal ini, bersumber kepada ‘Uthman bin Khalid bin ‘Umar bin ‘Abdullah bin alWalid bin ‘Uthman bin ‘Affan, yang merupakan salah seorang perawi yang mengambil hadith terus daripada Abu Hurairah tetapi sekali lagi alDhahabi membuktikan bahawa hadith tersebut ditolak dalam kitabnya, Mizan alI‘ tidal yang bersumber daripada ‘Uthman bin Khalid. (4) Abu Hurairah berkata: “ Aku memanggil Ruqaiyyah, anak perempuan Rasulullah (s. ‘a. w) yang juga merupakan isteri ‘Uthman semasa di tangannya ada sikat. Dia berkata kepadaku: “ Nabi Muhammad(s. ‘a. w) baru sahaja pergi sewaktu tadinya aku menyikatkan rambutnya. Baginda bertanya kepadaku: “ Bagaimanakah kamu dapati Abu ‘AbdAllah (‘Uthman), ” lalu aku menjawab: “ Baik. ” Kemudian baginda bersabda: “ Muliakanlah dirinya, sesungguhnya di kalangan sahabatku, dia mempunyai akhlak yang serupa denganku. ” Mengenai hadith ini, alHakim dan alDhahabi bersepakat bahawa walaupun rangkaian perawinya (sanad) tidak diragui, tetapi kandungan hadith (matan) hadith itu tidak dapat diterima sama sekali kerana Ruqaiyyah meninggal dunia pada tahun 3H, semasa Perang Badar sedangkan Abu Hurairah memeluk Islam hanya selepas penaklukan kota Khaybar. Dalam perkara-perkara tertentu, Abu Hurairah cuba menyelewengkan maksud sebenar hadith untuk memuji-muji seseorang dari kalangan Bani Umaiyyah. Contohnya, terdapat sebuah hadith yang diterima, dikatakan Nabi Muhammad (s. ‘a. w) bersabda: “ Akan terjadi selepasku nanti, fitnah dan perselisihan pendapat. ” Orang ramai bertanya: “ Apakah yang tuan perintahkan kami lakukan nanti, wahai Rasulullah?” Lalu baginda bersabda sambil mengisyaratkan kepada ‘Ali (‘a. s): “ Kamu hendaklah mematuhi Amir (ketua) ini dan para sahabatnya, ” tetapi Abu Hurairah telah mengubahkan perkataan “ Rasulullah mengisyaratkan kepada ‘Ali (‘a. s) ” kepada “ ‘Uthman ” untuk menggembirakan Bani Umaiyyah termasuk keluarga Abi al‘ As, Mu‘it dan Abi Sufyan. Bani Umaiyyah telah mengurniakan hadiah yang banyak di atas cadangannya itu.

7. Abu Hurairah semasa zaman pemerintahan ‘Ali (‘a. s)

Pada zaman pemerintahan Amir alMu’minin ‘Ali (‘a. s), Abu Hurairah berdiam diri dan bersembunyi sama seperti pada permulaan hidupnya dahulu. Dia tidak menyertai tentera ‘Ali (‘a. s), sebaliknya menasihat dan membantu musuh-musuhnya. Pada ketika Mu‘awiyah merancangkan pemberontakan menentang ‘Ali (‘a. s), Abu Hurairah dan alNu‘ man bin Basyir berada bersama-sama Mu‘awiyah di Syria. Mu‘awiyah mengutuskan kedua-duanya kepada ‘Ali (‘a. s), meminta beliau (‘a. s) menyerahkan para pembunuh ‘Uthman kepadanya supaya dia dapat mengadili mereka. Mu‘awiyah tahu bahawa ‘Ali (‘a. s) tidak akan berbuat demikian tetapi dia bermaksud apabila kedua-duanya kembali nanti, mereka akan menjadi saksi terhadap keengganan ‘Ali (‘a. s) menyerahkan para pembunuh ‘Uthman dan dia akan mendakwanya di khalayak ramai di Syria, dengan mempersalahkan ‘Ali (‘a. s) dalam perkara ini, dan menyokong rancangan Mu‘awiyah menentang ‘Ali (‘a. s). Mu‘awiyah berkata kepada mereka berdua: “ Pergilah kepada ‘Ali dan beritahu kepadanya dengan nama Allah bahawa sekiranya beliau menyerahkan para pembunuh ‘Uthman yang berada dalam perlindungannya kepada kita, peperangan di antara kita tidak akan terjadi. Sebaliknya, kalau beliau enggan, kamu menjadi saksi-saksi Allah ke atasnya dan berada di hadapan orang ramai untuk menceritakan semuanya. ” Justeru, keduaduanya pergi menemui ‘Ali (‘a. s). Kemudian, Abu Hurairah berkata kepada beliau: “ Wahai Abu alHasan, sesungguhnya Allah telah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan kepadamu dalam Islam kerana engkau merupakan sepupu Rasulullah (s. ‘a. w). Kami telah diutuskan oleh sepupumu dengan suatu permintaan, bahawa peperangan sudah semakin hampir, dan Allah boleh menghentikan permusuhan ini sekiranya engkau menyerahkan para pembunuh sepupunya iaitu ‘Uthman kepada Mu‘awiyah, supaya dia boleh menjatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka dan Allah nanti akan dapat menyatukan dan mententeramkan kedua-dua belah pihak. Dengan demikian, umat manusia akan terselamat daripada fitnah dan perpecahan. Seterusnya, alNu‘ man menyusul dengan menegaskan perkara seumpamanya. Selepas itu, ‘Ali (‘a. s) berkata kepada mereka berdua: “ Jangan berkata seperti ini lagi. AlNu‘ man, beritahukan kepadaku, adakah engkau orang yang terbaik untuk memberikan petunjuk dari kalangan kaummu, Ansar?” Dia lalu menjawab: “ Tidak. ” Lantaran itu, ‘Ali (‘a. s) pun mengatakan: “ Ketahuilah bahawa setiap orang dari kalangan kaummu telah mengikutiku kecuali beberapa orang yang tersisih. Adakah kamu mahu dirimu termasuk dalam golongan yang tersisih?” AlNu‘ man membalas: “ Moga-moga Allah mengurniakan kebaikan kepadamu. Sesungguhnya aku datang untuk berada di pihakmu dan tetap Bersama-samamu. Mu‘awiyah telah menyuruhku mengucapkan semua ini kepadamu, sedangkan aku berharap mendapat peluang menemuimu dan turut menyertaimu. Aku bermohon juga agar Allah mewujudkan persefahaman di antara kamu berdua. Seandainya pendapatmu berbeza, aku rela bersamasamamu dan akan tetap berada di pihakmu. ” Ahliahli sejarah mencatatkan bahawa ‘Ali (‘a. s) tidak bercakap dengan Abu Hurairah yang kemudiannya kembali ke Syria dan memberikan amaran kepadanya tentang situasi tersebut. Lalu Mu‘awiyah mengarahkannya memberikan peringatan kepada orang ramai mengenai hal tersebut dan dia terus melaksanakannya seperti yang diingini Mu‘awiyah. AlNu‘ man tetap bersamasama ‘Ali (‘a. s) tetapi kemudian, dia melarikan diri ke Syria (Syam) dan menceritakan semuanya kepada orang ramai di sana.

8. Sikap Abu Hurairah dalam peperangan Siffin

Pada masa peperangan berlaku dengan begitu hebat di antara ‘Ali (‘a. s) dengan Mu‘awiyah, Abu Hurairah menjadi semakin resah dan gelisah. Pada awal pergolakan itu, dia benar-benar yakin ‘Ali (‘a. s) akhirnya akan menang. Walau bagaimanapun, dalam usahanya menyisihkan diri, dia telah cuba sedaya upaya untuk memecahbelahkan orang ramai daripada menolong ‘Ali (‘a. s) dengan cara rahsia. Contohnya, pada suatu hari dia menceritakan sebuah hadith yang bermaksud: Aku mendengar Rasulullah (s. ‘a. w) bersabda: “ Fitnah akan timbul nanti, orang yang tetap dalam keadaan duduk adalah lebih baik daripada orang yang berdiri (melibatkan diri), orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, orang yang berjalan pula lebih baik daripada orang yang berlari, dan sesiapa yang menemui tempat perlindungan atau tempat menyelamatkan diri hendaklah berlindung kepadanya. ” 1 Abu Hurairah tetap tidak berubah sehinggalah puak Khawarij bangkit menentang ‘Ali (‘a. s) manakala penduduk ‘Iraq pula turut mengingkarinya, sedangkan di pihak Mu‘awiyah mendapat kekuatan baru menerusi kekuasaannya ke atas Mesir dengan terbunuhnya Muhammad bin Abu Bakr (bin Abi Quhafah), usahanya menimbulkan kacaubilau dan huruhara dalam kerajaan Amir al Mu’minin ‘Ali (‘a. s), serta penghantaran Busr bin Abi Arta’at ke Hijaz dan Yaman dengan kekuatan tentera seramai 3000 orang untuk melakukan apa sahaja kerosakan dan kemusnahan, membunuh orang ramai, membakar, meruntuhkan tempat-tempat suci dan menawan anggota keluarga orang-orang mu’min sebagai suatu pengajaran kepada orang yang hidup dan menjadi bahan perbincangan generasi terkemudian. Pada akhir keadaan yang tidak menentu itu, Busr mendapat bai‘ah (sumpah taat setia) para penduduk Hijaz dan Yaman untuk Mu‘awiyah. Dalam pertemuan ini, Abu Hurairah membongkarkan apa yang terpendam di lubuk hatinya kepada Busr dan dari situ, Busr mendapat tahu bahawa Abu Hurairah memang menyokong Mu‘awiyah 1 Ibn Hanbal, Musnad, II, h. 282 (Hadith ini berlawanan dengan ayat alQur’an, surah alHujurat (49): 9: “ maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. ”) 19 Abu Hurairah dalam usahanya mendapatkan taat setia orang ramai untuk Mu‘awiyah. Justeru, semasa meninggalkan tempat itu, Busr melantik Abu Hurairah sebagai gabenor Madinah dan memerintahkan para penduduknya mentaatinya. Dari saat inilah, Abu Hurairah mulai mendirikan sembahyang dengan para penduduk di sana dan menjadikan dirinya sebagai gabenor sehinggalah Jariyah bin Qudamah menuju ke sana bersamasama tentera berkuda seramai 2000 orang sebagai gabenor ‘Ali (‘a. s). Abu Hurairah melarikan diri dari keadaan tersebut. Kemudian, Jariyah mengatakan: “ Seandainya aku dapat menangkap “ kucing ” itu, aku akan memancung kepalanya. ” Jariyah berada di Hijaz ketika berita mengenai kesyahidan ‘Ali (‘a. s) sampai kepadanya. Oleh itu, beliau meminta bai‘ah penduduk Madinah untuk Imam al Hasan (‘a. s) dan kembali ke Kufah. Pada masa ini, Abu Hurairah datang semula ke Madinah dan mulai bersembahyang dengan orang ramai. Bagaimanapun, dia tetap merasa bimbang sehinggalah seluruh keadaan telah bertukar menyebelahi Mu‘awiyah.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com


1 comment:

  1. salam..boleh nk tanya..sumber dari mana ni ustaz...xmungkin abu hurairah pernah melarikan diri dari perang. dan menyalahguna duit. sedangkan dia adalah sahabat yg utama.

    ReplyDelete