Saturday, April 25, 2009

Bagaimana Mencapai Kecemerlangan -

Oleh: Muhammad Zulhairi Bin Nik Ab Rahman

PENDAHULUAN
Dewasa ini, kita dapati remaja islam atau pelajar islam semakin merudum pencapaian dalam semua bidang termasuklah bidang yang sangat kita kuasai pada masa lalu iaitu bidang ilmu. Ini terjadi kerana terdapat pelbagai kekangan dan masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar itu. Antaranya ialah pengurusan diri, masalah kewangan, keadaan persekitaran, media massa yang banyak merosakkan pemikiran pelajar dan kemajuan yang makin dicapai menyebabkan pelajar leka. jadi, terdapat beberapa cara untukk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

KANDUNGAN

1. Pengaturan dan mengorganisasi diri sendiri.
• Pengaturan diri adalh sangat penting kerana ini akan memandukan diri kea arah yang baik atau sebaliknya. Yang pertamanya ialah mengenal pasti kelemahan diri sendiri. Kita harus mengenalpasti tidak kira berada di situasi mana pun. Contohnya, kita boleh memunasabah diri sebelum tidur seperti “hari ini aku banyak buang masa daripada belajar, jadi esok aku mesti belajar lebih tekun”. Bila ia berlaku, secaratidak langsung ia akan meningkatkan minat kita untuk belajar. Seterusnya ialah sediakan jadual kerja bagi membantu menguruskan masa seharian kita tidak kira di rumah mahupun di sekolah. Dengan adnya jadual masa, kita tidak akan membuang masa dan kehidupan seharian kita lebih sistemetik dan teratur. Dan yang terakhir ialah pastikan kerja-kerja seharian berjalan dengan lancarseperti yang dirancang. Contohnya, kita boleh mencatatkan kerja-kerja yang perlu diselesaikan dari yang penting, hingga lah yang sesekecilnya.

2. Menggunakan masa dengan bijak dan berkesan
• Masa adlah anugerah Allah SWT yang sangat tidak ternilai dan harus di gunakan dengan mengisinya dengan benda berfaedah. Allah telah berfirman:

‘demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. ’

Jadi, untuk tergolong orang-orang yang soleh, kita haruslah menggunakan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah. Ini kerana, orang-orang soleh sentiasa memanfaati masa dengan mentelaah ilmu dengan sepenuhnya. Seseorang pelajar yang inginkan kecemerlangan mestilah sentiasa mengenalpasti masa-masa yang telah dibazirkan dan berusaha tidak mengulanginya. Jalan yang terbaik ialah mengira masa yang telah dibazirkan pada hari tersebut. Kemudiannya, cuba mencari masa yang sesuai untuk membuat kerja yang sepatutnya kita membuat sesuatu kerja.

3. Menjaga kesihatan diri yang secukupnya.
• Dalam agama kita, kesihatan juga sangat digalakkan dan ia adalah sangat penting untuk seseorang pelajar dalm kehidupan seharian sebagai pelajar yang memerlukan kesihatan ayng baik. Sebagai contoh seperti yang digalakkan dalam islam ialah apabila kita bersolat, banyak pergerakkan yang dianggap senaman yang sangat bagus dan telah pun diakui oleh saintis-saintis islam dan barat. Antara cara-cara yang sesuai ialah melakukan senaman pagi waktu riadah. Waktu yang sangat sesuai ialah pagi dan petang kerana keadaan suasana dan udaranya yang aman dan damai dapat merehatkan minda kita. Yang keduanya ialah penjagaan makanan yang teratur dan bersesuaian. Kita hendaklah makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Bak kata pepatah, “makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan”. Setelah seseorang itu memakan makanan yang berkhasiat dan secukupnya, ia akan membolehkan seseorang itu belajar dengan bertenaga, mudah untuk belajar dan tidak mudah rasa mengantuk apabila belajar. Seterusnya ialah mempunyai masa tidur yang cukup kerana ia memberi kesan yang buruk kepada seseorang itu apabila hendak belajar. Contohnya, dia mudah mengantuk, tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja yang di lakukan dan tidak dapat berfikir dengan baik. Ini kerana sel-sel di dalam otak kita tidak tumbuh dengan semaksima yang mungkin kerana tidak yang tidak cukup bagi seorang pelajar. Yang terakhir ialah memasyiakn emosi sentiasa dalam keadaan yang baik kerana ia akan mempengaruhi diri kita semasa belajar dan untuk menduduki peperiksaan. Antara contoh-contoh yang akan mungkin dihadapi ialah kesempitan duit, pergaduhan dengan seseprang dan tekanan daripada belajar untuk menduduki peperiksaan juga.

4. Menguatkan dan menajamkan daya tumpuan dan ingatan kita
• Tahukah anda, sejauh mana kekuatan daya tumpuan anda semasa belajar? Untuk mengetahui kekuatan daya ingatan kita sejauh mana ialh dengan melakukan beberapa cara. Antaranya ialah setelah beberapa jam selepas belajar cuba ingatkan kembali dan kemudian tuliskan balik, fikir sejenak sama ada anda dapati lebih merenung kosong pada nota atau memahami nota tersebut dan adakah mudah mengantuk semasa belajar. Jika jawapan yang negetif, berusaha berubah dengan membaca zikir,dapatkan masa yang sesuai untuk belajar, cari tempat yang suasana yang tenang dan bersesuaian dan ambil masa rehat sebentar kerana otak anda berkemungkinan letih.

• Setelah kita menajamkan tumpuan kita, apakah ia akan membuatkan kita sentiasa mengingatinya atau untuk mengingatinya pun sudah sukar. Inilah masalah yang paling besar yang mungkin dilalui oleh semula pelajar kerana ia adlah berkenaan rohani dan jasmani seseorang itu sendiri. Belajar atau proses pembelajaran bukanlah setakat menghafal atau mengingati tetapi belajar adalah untuk memahaminya dengan mendalam. Dengan ini, seseorang pelajar itu akan mudak mengingati sampai bila-bila apa yang di pelajarinya kerana ia sudah memahami apa yang di mahukan. Antara cara-cara yang boleh diamalkan ialah penyusunan nota dengan kemas dan tersusun, penggunaan warna dalam pembuatan nota, mengulangkaji semula nota yang yang ditulis, dan menggunakan pita rakaman untuk mengingati semula.
• Antara cara untuk menambahkan daya ingatan mengikut agama ialah tinggalkan perkara sia-sia atau bercakap dengan perkara-perkara laqo’, sentiasa bersugi semasa berwudhuk dan selepas bangun dari tidur, sentiasa bergaul dengan alim ulama atau orang yang bileh membimbing kita ke arah kebaikkan dan nbanyak berdoa, berzikir dan membaca surah-surah yang tertentu bagi membersihkan hati. Dengan itu, kita lebih mudak belajar. Seterusnya ialah faktor-faktor yang boleh melemahakan daya ingatan seseorang itu. Antaranya ialah melihata perkara-perkara yang haram seperti benda-benda lucah, berzina mata antara laki dan perempuan, beronani, tidak membaca al-quran,tidak berzikir dan meminium minuman yang terdapat semut dalam minuman tersebut.

5. Akhlak dan disiplin pelajar islam.
• Dalam agama islam, akhlak dan disiplin yang baik adalah amat dititik beratkan dalam kehidupan seharian kita. Antara akhlak-akhlak pelajar muslim ialah sentiasa menghormati guru iaitu orang yang menjadi pengajar mereka. Apabila di sekolah, kita akan diajar dan dijaga oleh guru kita. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghormati guru. Yang kedua, memberi salam dan penghormatan. Ini adalh amat penting kepada seorang pelajar dalam penjagaan tutur kata dan bahasa. Jangan bercakap berkenaan perkara-perkara yang laqo’ dan membuang masa. Rasulullah pernah bersabda:
‘Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap tentang kebaikkan,jika tidak diam’.
Yang ketiganya ialah sentiasa bersabar dalam semua dugaan yang dilalui kerana ia ada hikmah di sebaliknya. Sabar adalah cahaya bagu orang mukmin dan adalh separuh daripada iman. Orang yang kurang sabar, sering hilang pertimbangan dan akan bertindak mengikut nafsu syaitan laknatullah. Kesabaran adalah akar tunjung keperibadian seseorang mukmin.


6. Doa-doa dan amalan khusus.
• Antara contoh-contoh yang mudah di hafal dan sudah menjadi rutin kita ialah basmallah, doa untuk menghafal, doa sebelum belajar, zikir supaya terpelihara dari sifat lalai dan leka, dan sebagainya. Melalui amalan- amalan ini, kita akan lebih dekat dengan Allah dan dapat membersihkan hati yang telah dicemari. Contoh yang pertama ialah khasiat basmallah iaitu dapat menghilangkan lembab. Ini dapat mengurangkan kita daripada malas, lembab, dungun dan lambat tangkap apa yang di ajar. Justeru itu, sebagai seorang pelajar, kita hendaklah sentiasa mendampingi dan mengamalkan amalan membaca surah-surah, berzikir supaya kita lebih dekat dengan Allah dan bersih hati kit auntuk menghafaz apa ynag di perajari di sekolah atau di mana-mana sahaja. Insyallah, kita akan diberkati dan Allah memudahkan perjalanan kit asebagai pelajar untuk berjaya.

PENUTUP
Setiap pelajar pernah mengalami tekanan dan debaran untuk menghadapi peperiksaan. Tidak kiralah apa juga jenis peperiksaan atau ujian yang akan ditempuhi sama ada di sekolah mahupun di universiti. Sebagai seorang pelajar muslim adalah amat digalakkan untuk melakukan amalan-amalan tertentu agar jiwa merasa tenang dan tenteram ketika menghadapi medan perjuangan peperiksaan. Untuk menjadi pelajar cemerlang disamping menjalankan perintah Allah dan juga menghormati kedua ibi bapa adalah amat penting. Kit ajuga seharusnya menghiasi peribadi dengan akhlak yang mulia dan berdoa kepada Allah SWT.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment