Saturday, April 25, 2009

Konsep Tamadun -

Oleh: Muhammad Ikhsan B Ahmad Roslan

Tamadun atau ketamadunan lazimnya dikaitkan dengan sekumpulan manusia ataumasyarakat yang kompleks yang mengusahakan pertanian dan perdagangan dan yangtinggal di bandar-bandar.

Menurut perspektif Barat, tamadun disusun mengikut pembahagian buruh atau pekerja danhierarki sosial tertentu (seperti kerabat monarki). Edward Burnett Tylor, seorang pakar antropologi popular, menyifatkan tamadun sebagai“the total social heredity of mankind” (warisan sosial yang unggul untuk manusia) atau dalam erti kata lain, mereka yang berada dalam “tamadun” ialah manusia yang terunggul untuk zaman berkenaan. Civilization turut bermaksud untuk membezakan antara manusia yang lebih “moden” dan “berjaya” daripada yang lain (barbarian).

Arnold Toynbee menyifatkan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang dapatmembantu manusia menambah hasil pengeluaran. Tamadun dalam erti kata lain ialah berada di tahap yang maju. Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan, dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi kepada satu generasi dalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksudtamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yangberlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau digambarkan sebagai kehidupan yangdapat atau hampir mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai(konsep utopia). Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepadamasa, tempat dan kepada nilai-nilai yang dianuti.

Sesuatu tamadun akan mengalami 3 peringkat iaitu:
• peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat puncak.
• peringkat beku dan menurun.
• peringkat keruntuhan dan kemusnahan.

CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM
Rabbani
Para ulama bahasa dan tafsir menjelaskan definisi perkataan Rabbani seperti berikut:• Menurut tokoh-tokoh bahasa seperti al-Azhariy, perkataan al-Rabbani bermakna al-Alim. Hasil daripada kata jamaknya, al-rabbaniyyun menghasilkan makna ulama. Tambahan pula, tokoh ulama bahasa yang terkenal iaitu Sibawaih menjelaskantambahan huruf alif dan nun pada perkataan al-Rabbani bertujuan menunjukkan ilmupengetahuan berkenaan Rab, bukan kepada yang lain. Ini bermakna Rabbani ialah suatuilmu berkaitan ketuhanan kepada Allah. Alasan ini diperteguhkan dengan kenyataan IbnManzur yang menyatakan Rabbani ialah orang yang berilmu berkenaan Rab. Secarakesimpulannya, Ibn al-Athir berpendapat perkataan al-Rabbani dinisbahkan kepada al-Rab dengan tambahan alif dan nun bagi al-mubalaghah yang menunjukkan bersangatan. Dengan kata lain, al-Rabbani merupakan orang yang alim berkaitan agamanya. •

Definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa di atas mempunyai kaitan yangamat rapat dengan definisi yang dinyatakan oleh para ulama tafsir. Sebagai contohMuhammad Jawwad Mughniyyah dalam tafsiran ayat dalam Surah Ali Imran ayat 79yang menjelaskan perkataan Rabbaniyyin dalam ayat tersebut bererti mereka yangberilmu dan beramal dengan perintah Allah SWT. Manakala Ibn Kathir pulamenyebutkan al-Rabbaniyyun sebagai mereka yang berilmu, ahli ibadat, para hukama,ulama dan fukaha. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan definisi rabbaniyyinadalah orang-orang yang memiliki pengetahuan sebenar berkaitan kitab Allah danbersaksi kepada-Nya dengan sebenar-benar penyaksian. Maksudnya memeliharahukum-hakam yang ada dalam al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 44. Berdasarkan ayat tersebut, Allah SWT menggariskan tiga golongan yangdianggap tunduk dan patuh kepada-Nya, iaitu para nabi, rabbaniyyun dan ahbar iaituulama atau pendeta. Keistimewaan tamadun Islam adalah kerana tamadun Islam bersumberkan sumber Rabbani ini. Islam membuka ruang yang amat luas untuk segala bentuk kemajuan dan ketamadunan,namun aspek yang paling penting dan diambil kira ialah pembinaan sesuatu tamadunberdasarkan nilai ketuhanan atau keagamaan. Keterikatan ini akan memberi implikasi positifterhadap sesebuah tamadun mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kaedah Memantapkan Konsep Rabbani
Islam adalah agama yang sentiasa berusaha ke arah memantapkan didikan rabbani kepadaseluruh umat manusia dengan kaedah yang tersendiri. Antara kaedah tersebut:• Menerusi Ibadat Seseorang Muslim dapat memantapkan rohaninya dengan konseprabbani apabila dia melakukan ibadat kepada Allah S.W.T. Dalam Islam, ibadatterbahagi kepada ibadat fardu dan ibadat sunat. Contoh ibadat fardu adalah solat,puasa, zakat, dan menunaikan haji. Manakala ibadat sunat seperti menunaikan solatsunat seperti solat hajat, berzikir, bermunajat, dan bersedekah. • Menerusi Adab Adab adalah salah satu kaedah yang dapat menguatkan lagi sifatrabbani dalam jiwa manusia. Menerusi adab, Islam menganjurkan adab-adabmahmudah dalam setiap tingkah laku manusia sama ada adab ketika makan, minum,berpakaian, akhlak, perkahwinan, kejiranan, dan sebagainya. •

Menerusi Pembentukan dan Pendidikan Pendekatan pendidikan tarbiah Islamiahyang ditekankan dalam hal ini bermakna pendidikan secara jasmani dan rohani harusseiring agar matlamat yang dicapai seimbang iaitu kecemerlangan di dunia dan diakhirat. Malahan Islam amat menitikberatkan pendidikan yang perlu bermula daripadaperingkat asas lagi sejak pertemuan kali pertama bagi suami dan isteri. Selanjutnyaproses pendidikan diteruskan lagi semasa dalam kandungan dan sehinggalahdilahirkan. Bukan setakat itu saja, proses pendidikan secara formal terusdiperkenalkan apabila seseorang bayi dilahirkan. Lantaran itu, Islam menganjurkanbeberapa perkara sunat yang harus dilaksanakan seperti membaca azan ataupuniqamat kepada bayi itu. Ini adalah proses pembelajaran formal yang pertama apabilabayi mula diajar mendengar kalimah Allah S.W.T. kepadanya. Akhirnya, prosespembelajaran yang berterusan ini dapat membentuk jiwa yang rabbani dalammengenali dan mentaati Allah S.W.T. •

Menerusi Sebaran Am dan Kebudayaan Tidak dapat dinafikan peranan media massa dan kebudayaan pada zaman moden ini sangat berpengaruh ke atas pembinaan sifatrabbani dalam diri seseorang Muslim. Oleh yang demikian, setiap individu harus pekadalam menentukan mesej yang disampaikan agar dapat memberi input yang positif. Sebagai contoh, rancangan-rancangan yang disiarkan dalam televisyen ada yangberbentuk berita, kuliah, diskusi, dokumentari, dan sebagainya. Pada masa yang sama,wujud juga hiburan-hiburan seperti muzik, filem, dan drama yang memerlukan analisisdiri bagi memastikan diri kita tidak mudah terdorong kepada kemungkaran. Begitujuga dengan kebudayaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada budaya yangbervariasi seperti budaya Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Setiap budayamempamerkan nilai-nilai budaya yang murni dan harus dihayati kerana konsep budayatersebut mempunyai matlamat yang sama dalam pembentukan nilai rabbani dalamkehidupan manusia.

Konsep Nubuwah Sepanjang sejarah manusia, sesuatu keadilan yang ingin dicapaimemerlukan bimbingan dan petunjuk yang bersifat adil secara mutlak. Dalam Islam,sifat adil yang sedemikian hanya dimiliki oleh Allah SWT. Al Quran dan Hadith ialahrujukan penting untuk konsep Nubuwah ini. Tidak ada satu pun tamadun yang wujud di muka bumi ini yang mempunyai kesempurnaanseperti tamadun Islam yang mencakupi segala keperluan manusia daripada yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya. Tamadun Islam mynyentuh seluruh dimensi kehidupan baik dari segi spiritual dan fizikal, individu dan masyarakat dan dunia dan akhirat. Aspek akidah, akhlak, dan ibadat juga turut ditekankan.

Tamadun Islam memperteguh konsep Islam :-
• membersihkan penganutnya daripada syirik dan Islam paling sesuai dengan fitrah kemanusiaan (Az-Zumar ayat 2, 11, 14; Al-A’araf ayat 172; Ar-Ruum ayat 30).
• sangat sarat dengan nilai-nilai dan aturan (Az-Zukhruf ayat 4; Yasin ayat 1-2).
• agama moral dan hukum (An-Nisaa' ayat 36, 105).
• agama kebersihan dan kesucian (At-Taubah ayat 108).
• agama ilmu dan amal (Muhammad ayat 19; Al-Baqarah ayat 44).
• ilmu dan pemikiran (At-Taubah ayat 122).
• agama aktif dan pahala; maka seorang muslim haruslah menjadi seorang aktivis yang sentiasa optimis akan ganjaran Allah S.W.T. atas setiap pekerjaannya.
• agama kekuatan dan tanggungjawab (Al-Qasas ayat 26).
• agama kemuliaan dan kasih-sayang (At-Taubah ayat 128; Al-Hujuraat ayat 10).
• agama negara dan ibadah (Al-Muzzammil ayat 20).
• agama mempertahankan diri/maruah dan jihad (At-Taubah ayat 111; A-li 'Imraan ayat 79).
• agama berperaturan (At-Taubah ayat 38-39; Al-Nahl ayat 125)

Menyeluruh
Tamadun Islam juga bersifat menyeluruh merangkumi semua aspek kepentingan manusiadengan menitikberatkan hubungan manusia dengan Allah S.W.T; hubungan sesamamanusia; dan hubungan manusia dengan alam. Tamadun dalam Islam akan mengambil kirakebaikannya kepada seluruh manusia tanpa mengira peringkat umur, bangsa, jantina, dantempat tinggal.

Secara lengkap, pengarahan Islam dalam Al-Quran tentang pelbagai aspek tamadun dan
kehidupan Muslim, dapat disebutkan sebagai berikut:
• Islam sebagai agama dan ideologi (Al-An'aam ayat 162-164)
• Islam sebagai sistem yang mengatur moral dan tingkah laku (Al-Israa' ayat 23-37)
• Islam sebagai pedoman yang mengarahkan perasaan (Al-Hadiid ayat 22-23; An-Nisaa'
ayat 104)
• Islam sebagai pedoman dalam sistem pendidikan (Al-'Alaq ayat 1-5; A-li
'Imraan ayat 164)
• Islam sebagai pedoman dalam sistem sosial kemasyarakatan (Al-Hujuraat ayat 11-13;
An-Nuur ayat 11-17)
• Islam sebagai pedoman dalam sistem politik dan kenegaraan (An-Nisaa' ayat 59)
• Islam sebagai pedoman yang mengatur perekonomian (Al- Baqarah ayat 3; Al-Hasy-r
ayat 7; At-Taubah ayat 60, 103)
• Islam sebagai pedoman dalam sistem ketenteraan (Al-Anfaal ayat 39, 60-61)
• Islam sebagai pedoman dalam sistem hukum dan perundangan (Al-Maaidah ayat 50)

Umum
Tamadun Islam bersifat umum dan tidak terhad kepada sesetengah golongan manusia disesetengah tempat dan dalam keadaan atau waktu tertentu sahaja. Ciri ini menjadikantamadun Islam bersifat sejagat dan terbuka serta sesuai dengan naluri semula jadi seluruhgolongan manusia.

SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM
Sejagat
Tamadun Islam bersifat sejagat; bermakna kemajuan Islam tidak terhad kepada sesuatubangsa atau tempat-tempat yang tertentu sahaja, malahan boleh dikongsi bersama tanpawujud batasan geografi, bangsa, agama, dan warna kulit asalkan keamanan tetapterpelihara.

Terbuka
Tamadun Islam sentiasa terbuka untuk menerima semua tamadun dan budaya asing asalkantidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Hal ini membuktikan betapa tamadun Islamtidak jumud dan sentiasa berkembang langsung memperkaya khazanah ummah. Keterbukaan ini berdasarkan syarat-syarat tertentu:
• Elemen yang dipinjam itu tidak mewujudkan keadaan yang boleh mencemarkan
akidah dan keimanan kepada Allah S.W.T.
• Menjamin kestabilan dan kesejahteraan dalam melakukan ibadat kepada Allah S.W.T.
• Mendorong ke arah amar makruf nahi mungkar.
• Menyatupadukan unsur kerohanian dengan material. Islam tidak melarang ketamadunan, tetapi aspek spiritual dan fizikal hendaklah berjalan seiring.

Tetap dan Anjal
Nilai-nilai Islam bersifat tetap, yakni tidak menerima sebarang perubahan baik dalam bentukpengurangan atau penambahan walau apa cara sekalipun masa dan keadaan berubah. Tamadun Islam tidak dipengaruhi hawa nafsu dan logik akal semata-mata, sebaliknyaberpandukan Al Quran dan Hadith.

Sepanjang Zaman
Tamadun Islam berkesinambungan semenjak turunnya wahyu pertama (surah Al-Alaq)kepada Nabi Muhammad S.A.W. sehingga ke hari kiamat kerana tamadun Islam tidakdibatasi ruang sempadan dan waktu lantaran datangnya dari Yang Maha Mengetahui AllahS.W.T.

Kesatuan Dalam Kepelbagaian
Akidah ialah unsur yang mengakari tamadun Islam. Segala bentuk ketamadunan dalam Islamsemestinya diletakkan di bawah satu akidah yang satu mengaku bahawa Allah S.W.Tsebagai Tuhan yang wajib ditaati dan disembah. Kemajuan yang dicapai manusia adalah hakmilik mutlak Allah S.W.T dipinjam kepada manusia dalam bentuk amanah dan segala-galanyaakan kembali kepada Allah S.W.T. Ketamadunan Islam mencerminkan ketakwaanmanusia terhadap Yang Maha Esa. Prinsip inilah yang jauh membezakan tamadun Islam dengan prinsip ketamadunan Barat, seperti yang dijelaskan secara menyeluruh oleh Dr. Yussuf Al-Qaradawi:

- Prinsip ketuhanan yang meragukan: Persepsi Barat yang menjadi dasar pembinaantamadun mereka tidak mempunyai satu dasar atau asas yang kukuh tentang Tuhandan sifat kesempurnaannya.
- Fahaman materialisme yang berlebihan, dan dipraktikkan dalam mencari jawapankepada semua persoalan manusia termasuklah dalam soal kejadian alam, ilmu, dantabiat manusia langsung membelakangkan kepentingan unsur metafizik danspiritual.
- Kecenderungan sekular. Memisahkan agama dalam kehidupan seharian.
- Konflik: Ketamadunan Barat sentiasa berkecamuk, kerana tidak percaya pada kasihsayang, ihsan, dan kesejahteraan. Konflik berlaku dalam diri sendiri, sesamamanusia, dan dengan Yang Pencipta.
- Rasa ketuanan atau superiority: Inilah semangat yang paling mencengkam dalam minda Barat. Mereka berasakan ketamadunan mereka ialah ketamadunan seluruh manusia. Mereka tidak mengiktiraf tamadun lain.

Toleransi
Toleransi bermaksud tamadun Islam bersifat tolak ansur dan sentiasa menghormati oranglain dalam batasan syarak. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbirantamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan ajaran agama dan budaya mereka selagidengan tujuan menjaga hubungan baik dan kestabilan dalam masyarakat yang berbilangbangsa dan agama.

Seimbang Rohani dan Jasmani
Sebagai sebuah tamadun yang terunggul, Islam menitikberatkan nilai keseimbangan antararohani dan jasmani dunia dan akhirat dan fizikal dan mental. Keseimbangan semua unsurini penting untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

SUMBER TAMADUN ISLAM
Al Quran
Al Quran merupakan sumber utama tertegaknya tamadun Islam. Al Quran merupakankalamullah (perkataan Allah S.W.T) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W. )melalui malaikat Jibril untuk disebarkan kepada sekelian manusia dengan membawa mesejpimpinan dan bimbingan umat manusia supaya melakukan kebaikan dan meninggalkanperbuatan keji dan mungkar. Al Quran ialah kitab pedoman yang lengkap: mencakupi segalapermasalahan hidup manusia termasuklah yang berkait rapat dengan aspek pembangunandan ketamadunan.

Al Hadith
Al Hadith (dari segi bahasa bermaksud berita atau khabar) atau al Sunnah secara istilahbermaksud segala pengakuan, perbuatan, dan perkataan yang disandar kepada RasulullahS.A.W. Sebagai sumber kedua dalam perundangan Islam, al Hadith mempunyai peranantersendiri iaitu:

Menegaskan hukum yang ada di dalam Al Quran seperti dalam perkara pensyariatansembahyang, puasa, dan haji. Menerangkan ayat Al Quran yang kurang jelas. Mengkhususkan ayat-ayat umum seperti memperjelas cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji, dan sebagainya yang hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.

Mengeluarkan hukum yang tidak disebut secara khusus di dalam Al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing buruan. Tentunya haiwan yang menjadi mangsa itu terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. Di dalam Al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.

Al Ijtihad
Ijtihad bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh dalam kalangan ulama (digelar mujtahid) untuk menghasilkan satu penetapan hukum syarak berlandaskan Al Quran dan al Hadith. Proses ijtihad hanya berlaku pada hukum-hukum yang tidak jelas, yang wujud di dalam al- Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri17. Sekiranya sesuatu dalil jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan dalil itu pula disahkan berautoriti, maka ijtihad tidak diperlukan. Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil fenomena dan iktibar dalam sumber hukum seperti Al Quran dan Sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan. Hanya para sarjana yang cukup syarat ijtihad sahaja yang layak melakukan pengujian pada hukum ini.

Al Qiyas
Al Qiyas bererti menyamakan peristiwa (analogi) yang tiada/belum dihukumkan dengan peristiwa lain yang ada nas yang sahih hukumnya kerana persamaan illat (suatu sifat yang wujud dalam suatu perbuatan yang menjadi sebab utama terbitnya hukum tertentu untuk perbuatan itu). Contohnya, minum arak telah ditentukan nas dan haram hukumnya. Illat pengharaman arak adalah memabukkan, maka setiap minuman lain yang didapati di dalamnya illat yang sama, boleh disamakan dengan arak, dan hukumnya haram.

KESIMPULAN
Tamadun Islam mempunyai keunikan dan sifat yang tersendiri yang membezakannya dengan segala bentuk ketamadunan yang wujud di atas muka bumi ini. Hal ini selaras dengan matlamat dan dasar pembinaan tamadun Islam yang berteraskan pemeliharaan tiga hubungan hubungan dengan Allah S.W.T sebagai Pencipta, hubungan sesama manusia, dan hubungan dengan alam secara keseluruhannya.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment